
“Buang bahagian hijau tu je, yang lain boleh makan lagi. Membazir buang semua.”
Siapa selalu buat macam ni?
Nampak roti ada tompok kulat sikit, kita cubit buang bahagian tu, lepastu bakar dalam toaster kononnya kuman mati.
TOLONG BERHENTI TABIAT INI.
Anda sebenarnya sedang menyuap racun ke dalam mulut keluarga.
Kenapa tak boleh makan bahagian yang “nampak bersih”?
Fakta Mikroskopik
Kulat (Mold) bukan sekadar apa yang anda nampak di permukaan. Itu hanyalah “bunga” dia (spora).
Struktur sebenar kulat mempunyai AKAR HALUS yang dipanggil “Hyphae”.
Sifat roti adalah berongga (porous).
Ini membolehkan akar-akar kulat ini menjalar jauh ke dalam bahagian roti yang nampak putih dan suci bersih pada mata kasar.
Bahayanya:
- Akar ini mengandungi Mycotoxin (racun kulat) yang boleh merosakkan hati dan buah pinggang dalam jangka masa panjang.
- Membakar roti (toasting) TIDAK akan mematikan mycotoxin ini. Ia tahan haba.
- Anda berisiko kena keracunan makanan atau reaksi alahan pernafasan.