mcmc
Uncategorized

AKTIVITI MENGANYAM BAKUL

AKTIVITI MENGANYAM BAKUL NADI

Ayuh sertai Aktiviti Menganyam Bakul sempena kemeriahan Bazar Raya NADI!
Pelajari teknik asas menganyam sambil mencipta bakul khas untuk meletakkan botol air anda sendiri.

Menariknya, bakul yang dihasilkan akan dianyam menggunakan warna-warna tema Hari Raya yang ceria seperti hijau, kuning dan warna tradisional yang melambangkan kemeriahan Aidilfitri. Aktiviti ini sesuai untuk kanak-kanak, remaja dan juga seisi keluarga.

Selain menimba pengalaman baru, anda juga boleh membawa pulang hasil anyaman sendiri sebagai kenangan istimewa Raya tahun ini.

✨ Yuran penyertaan hanya RM7 sahaja!

📍 Tempat: NADI Bandar Tasik Kesuma
📅 Tarikh: 14 Mac 2026 (Sabtu)
⏰ Masa: 9:30 pagi – 12 tengahari

🎉 Jom meriahkan Aktiviti Bazar Raya bersama kami!
Bawa keluarga dan rakan-rakan untuk bersama-sama mempelajari seni anyaman tradisional dalam suasana Hari Raya yang penuh kegembiraan.

📞 Untuk maklumat lanjut: www.wasap.my/601163193917/Anyaman