mcmc
Uncategorized

ACCEPT FRIEND REQUEST BUKA PINTU KEPADA ORANG ASING

Satu ‘Accept Friend Request’ daripada individu tidak dikenali boleh membuka “pintu” kepada orang asing.

Bagi remaja, khususnya bawah 16 tahun, tindakan ini membawa risiko yang lebih tinggi kerana tahap kematangan emosi dan keupayaan menilai ancaman masih dalam perkembangan.

Mereka lebih mudah:

🚨

 Mempercayai individu tidak dikenali

🚨

 Berkongsi maklumat peribadi

🚨

 Terdedah kepada scam, buli siber dan manipulasi

Inilah antara sebab mengapa cadangan had umur 16 tahun bagi penggunaan media sosial sedang diberi perhatian bagi memastikan remaja lebih bersedia dari segi keselamatan, kawalan diri dan literasi digital sebelum terdedah sepenuhnya kepada dunia dalam talian.

👨‍👩‍👧‍👦

 Peranan ibu bapa dan penjaga kekal penting
Pantau, bimbing dan didik anak-anak dalam membuat keputusan yang selamat di ruang digital.

💡

 Tidak semua permintaan perlu diterima. Tidak semua pintu perlu dibuka. Keselamatan bermula dengan kesedaran.

#MCMC
#KempenInternetSelamat