Terdapat ramai peniaga yang berniaga di sekitar Bandar Tasik Kesuma, salah sorang peniaga atau dikenali sebagai usahawan tempatan yang di bawah penggunaan kemudahan NADI Bandar Tasik Kesuma adalah Puan Rosfadhilah Binti Ag Jaludin. Beliau telah memulakan perniagaan ini kira-kira 2 tahun yang lalu bermodalkan kira-kira rm200.
Kak rose merupakan seorang suri rumah yang berniaga barang keperluan isi rumah seperti bakul anyaman yang dibuat sendiri. Kak rose ini seorang pekerja swasta, beliau seorang yang minat dalam berniaga disebabkan itu beliau sanggup berkorban masa dalam kerjaya dan dalam perniagaan yang dijalankan. Pada mulanya, beliau menjual hanya kecil-kecilan sahaja yang mengambil order daripada jiran-jiran terdekat dan kenalan di tempat. Kini beliau telah menjadikan platform atas talian seperti facebook dan whatsapp sebagai tempat menjual bakul anyaman yang dibuatnya. Beliau juga ada membuat kelas anyaman bakul bersama komuniti wanita yang berada di sekitar kawasannya.
Kak rose hanya mempunyai pengetahuan asas berkenaan komputer. Beliau mempunyai pengalaman dalam menjalankan perniagaan secara dalam talian tetapi tidak lebih lagi mendalam dalam menggunakannya.
Kak rose menghadiri kelas latihan asas keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Bandar Tasik Kesuma. Beliau telah dibantu oleh petugas NADI cara mendaftar akaun shoppee dalam. Selain itu, beliau juga mempelajari cara untuk mempromosi perniagaan bakul anyaman melalui platform whatsapp dan facebook. Maka dengan itu, beliau mengambil keputusan untuk membuat video yang cantik secara dalam talian dan mempromosikan ke dalam whatsapp dan facebook. Disebabkan itu dengan pengetahuan yang telah dipelajari oleh beliau, beliau dapat menghasilkan gambar dan video yang cantik yang boleh menarik minat orang untuk barang keperluan setiap isi rumah.